Kuching Brand Diuretic Herbal Tea

Agripearl Sdn Bhd (674686-W) 

English version


Pembuatan Kuching Herbal Tea Pokok Misai Kuching


Kualiti dan kemujaraban sebarang produk herba berfungsi atau ubat, bergantung pada sumber bahan tumbuhan. Tiada teknologi moden yang dapat mengubah kemujaraban herba yang bermutu rendah.

Kuching Herbal Tea ditanam, diproses dan dibungkus oleh Agripearl Sdn. Bhd., di sebuah ladang yang terletak di Kg. Sungai Dua Besar (di pinggir Kuala Pilah), di mana udaranya bersih dan anak sungainya jernih. Agripearl komited untuk membangunkan kualiti dan kemujaraban sumber iaitu pokok Misai Kucing itu sendiri dan kemudian memeliharanya dengan prosedur yang sesuai. Keseluruhan proses terletak dalam ladang.



Pertanian Organik meningkatkan Isi Kandungan Fitokimia

Protokol pertanian organik yang mapan dengan "tekanan alam sekitar" yang mencukupi diamalkan untuk mengoptimumkan isi kandungan fitokimia (bagi meningkatkan nilai kefungsian Misai Kucing) dalam pokok Misai Kucing. Pertanian konvensional mendatangkan hasil yang tinggi dan cepat, tetapi akan kehilangan fitokimia-fitokimia penting. Agripearl membuat formulasi bajanya sendiri dengan pengkomposan rumput-rampai, bahan buangan pokok Misai Kucing dan bahan organik lain. Kompos ini juga memberikan pemakanan kepada organisma tanah yang membantu menjadikan tanah tersebut "tanah yang hidup".

  1. Mengetam Rumput untuk dijadikan Kompos
  2. Bahan semulajadi membentuk Kompos
  3. Menghancurkan Bahan-bahan
  4. Pengkomposan dalam progres
  5. Kompos berusia tiga bulan





Oleh kerana tiada racun herba digunakan, terdapat bekalan rumput secara berterusan bagi pembuatan baja. Pelbagai jenis rumput dalam kompos memberikan pelbagai spektrum mikro nutrien yang diperlukan pokok untuk mengsintesis fitokimia yang kompleks. Selain daripada itu, rumput memberikan saingan (tekanan alam sekitar) dan sedikit perlindungan dari haiwan perosak, oleh itu menghasilkan pokok Misai Kucing yang natural dan lebih sihat. Rumput-rampai tidak dihapuskan tetapi ia dikawal.

Tiada racun serangga digunakan. Racun serangga mengganggu fungsi penghasilan fitokimia.Pokok yang ditanam secara organik mempunyai mekanisma pertahanan yang lebih baik terhadap patogen. Hasilnya ialah, pokok Misai Kucing yang bermutu tinggi dan natural sebagaimana Alam Semulajadi menjadikannya.

Operasi ladang dinilai dan dipantau oleh Bahagian Kualiti Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia. Bahagian ini adalah badan yang mengesahkan pertanian organik di Malaysia.


Beli

Kuching Herbal Tea

Terus dari ladang!

Be assured of pure quality at lowest cost!

Beli Kuching Herbal Tea

Proses, Kualiti dan Kawalan Harga

Selepas penanaman, proses pengeringan daun adalah yang terpenting. Kejutan penuaian memulakan aktiviti biokimia yang kuat, iaitu apabila fitokimia kompleks yang memberikan nilai kefungsian teh dikurangkan secara sistematik untuk menjadi sebatian utama. Oleh itu penuaian seterusnya, kemujaraban teh atau kekurangannya, adalah satu fungsi masa. Namun, aktiviti biokimia ini hanya boleh berlaku dalam air. Jika air dibuang, aktiviti biokimia ini akan terbantut dan mikro organisma tidak boleh berfungsi, oleh itu membantutkan penguraian fitokimia. Walaubagaimanapun, fitokimia ini juga mudah rosak dan hancur pada suhu yang tinggi.

Untuk mencapai ini, proses pengeringan dilaksanakan pada suhu yang terkawal iaitu 65°C, dalam ketuhar keluli tahan karat yang ditempah khas. Jika, atas sebarang sebab (contoh, bekalan elektrik terputus) proses pengeringan tidak boleh disiapkan dalam tempoh 15 jam (daripada masa penuaian), bahan tersebut ditolak dan dihantar ke laman pengkomposan.

Selepas pengeringan, daun-daun kering akan diasingkan secara manual untuk membuang sebarang ranting. Kemudian, ia dipotong mengikut saiz. Bahan teh dimasukkan ke dalam mesin pengisi dan diisi kedalam uncang teh. Proses ini dilaksanakan di dalam bilik yang bersih.

Oleh kerana semua operasi, iaitu dari peringkat penanaman ke penghasilan produk dijalankan di satu tempat, tiada perantaraan pembungkusan, pengendalian atau penghantaran, maka pencemaran atau kerosakan dapat dielakkan dan kualiti yang tinggi dapat dikekalkan. Tambahan pula, dengan penjimatan kos ini, Agripearl boleh menawarkan teh Misai Kucing organik yang sebenar dengan kualiti tertinggi pada harga yang mampu dibeli oleh semua orang.


Kebolehan Dikesan dan Pensijilan

Proses kawalan kualiti memastikan kebolehan dikesan dari masa pokok ditanam sehingga ke produk terakhir. Ladang, proses dan produk, mematuhi Standard Organik Malaysia dan Eropah. Pensijilan kelayakan masih belum selesai (pensijilan organik memakan masa 1 ke 3 tahun). Kebanyakan ujian telah siap dan Agripearl berada dalam peringkat akhir pensijilan SOM (Skim Organik Malaysia).

Back to Top