Minumlah secawan-dua
setiap hari.
Anda akan merasai Perbezaanya!
Butiran saintifik dan butiran lain mengenai Misai Kucing didokumentasikan dalam Farmakopoeia utama dan Monograf lain, termasuklah
- The European Scientific Cooperative on Phytotherapy 1997 ESCOP
- British Pharmacopoeia 2002
- British Herbal Pharmacopoeia 1997 . BHP
- Complete German Commission E. Commission E
- Martindale 33rd edition
- European Pharmacopoeia 2004 Ph Eur
Tidak seperti farmaseutikal moden, ubat atau tumbuh-tumbuhan berfungsi mengandungi pelbagai fitokimia (kimia tumbuhan) kompleks yang aktif. Lihatlah pada senarai fitokimia yang ada dalam Misai Kucing.
| Lipophilic Flavonoid | a) Sinensetin b) Tetramethylscutellarein c) Eupatorin d) Salvigenin e) Cirsimaritin f) Pilloin g) Rhamnazin h) Trimethylapigenin i) Tetramethylluteolin. |
| Bahan-bahan Diterpene | a) Orthosiphonone b) Orthosiphonone B c) Orthosiphol A d) Orthosiphol B e) Orthosiphol F f) Orthosiphol G g) Orthosiphol H h) Neoorthosiphols A i) Orthosiphol B j) Staminol A. |
| Bahan-bahan Benzochromene | a) Orthochromene A b) Methylripariochromene A c) Acetovaillochromene |
| Essential oils | a) β-elemene b) β-caryophyllene c) α-humulene d) β-caryophyllene oxide e) Can-2-one f) Palmitic acid |
| Lain-lain | a) Inosital b) Caffeic acid c) Rosmaric acid  d) β-sitosterol etc. |
Fitokimia yang dihuruftebalkan telah dikenal pasti mempunyai kesan-kesan bermanfaat. Farmakopoeia British dan Farmakopoeia Eropah telah mejalankan prosedur analisis terperinci untuk menguji Java Tea(Misai Kucing) di mana Sinensetin diandaikan sebagai penanda i.e. Fitokimia yang terpenting.
Kajian tentang Kegunaan Misai Kucing
 
Kesan diuretik dan peningkatan peredaran darah, banyak menyumbang kepada peningkatan dan pemeliharaan kesihatan. Sesetengah produk pelangsing dan penyahtoksik herba barat, menambah Misai Kucing ke dalam rumusan produk mereka kerana khasiat ini.
Fungsi Misai Kucing inilah yang paling meluas kajiannya. Beberapa kajian terhadap haiwan menunjukkan, ekstrak Misai Kucing mempunyai kesan-kesan diuretik. 1.2.3. Fitokimia Sinensetin dan Tetramethoxy-flavone menenangkan otot-otot dinding pembuluh darah dalaman, dengan yang demikian memudahkan pengaliran air kencing dan juga zarah-zarah kecil yang menjadi batu karang. Methylripariochromene A didapati meningkatkan kadar aliran kencing dan pembuangan ion sodium.5. Kesan diuretik juga menjelaskan kegunaan tradisional Misai Kucing bukan hanya bagi masalah saluran kencing tetapi juga untuk gout, batu karang 7. dan darah tinggi.
Kesan Anti-Hipertensi
Ubat diuretik moden selalu dipreskripsikan untuk merawat darah tinggi. Penjelasannya mudah. Kurangkan air dan ion sodium dalam darah akan mengurangkan tekanan dan memudahkan jantung untuk mengepam. Dalam kajian terhadap haiwan, fitokimia Methylripariochromene A didapati menghalang pengecutan toraks aorta dan mengurangkan daya pengecutan tanpa menjejaskan kadar degupan jantung.8. Terdapat sepuluh lagi fitokimia dalam teh Misai Kucing yang menunjukkan sifat yang sama tetapi pada kadar yang rendah. 9.
Kesan Anti-Kencing Manis
Eksperimen dengan menggunakan keseluruhan ekstrak Misai Kuching pada tikus makmal didapati dapat mengurangkan kepekatan glukosa dalam darah dengan ketara, dibandingkan dengan satu kumpulan uji kaji terkawal. Eksperimen perbandingan yang dilakukan dengan glibenclamide (dadah standard anti kencing manis) menunjukkan kesan serupa boleh diperolehi tetapi dengan dos Misai Kucing yang tinggi.10.
Kesan Perencatan-Kolestrol
Kajian makmal menunjukkan bahawa Misai Kucing menyekat enzim 15-lipoxygenase yang dipercayai terbabit dengan punca arteri tersumbat oleh kolestrol LDL. Aktiviti rencatan keseluruhan ekstrak adalah lebih kuat daripada yang dijangkakan daripada kesan gabungan setiap individu flavonoid. Ini membuktikan bahawa sinergi keseluruhan semula jadi produk adalah lebih berkesan daripada fitokimia terpencil atau pengganti sintesis. 11. Kajian yang terbaru menunjukkan bahawa Trimethylapigenin, Eupatorin dan Tetramethylluteolin adalah fitokimia Misai Kuching yang paling berkesan menyebabkan rencatan ini. 12.
Kesan Perencatan-Tumor
Sinensetin dan Tetramethylscutellarein telah menunjukkan aktiviti perencatan terhadap beberapa kelas sel tumor, di mana sinensetin terbukti lebih berkesan berbanding dengan tetramethylscutellarein. 13. Orthosiphols A dan B telah dilaporkan merencat penggalak tumor 12-O-tetradecanoylphorbol–13–acetate (TPA) dalam ekperimen ke atas tikus makmal. 14. Dalam kajian makmal, ekstrak daun Misai Kucing telah dilaporkan mempunyai aktiviti perencatan terhadap sel kanser kulit. 15.
Baru-baru ini, Sinensetin mendapat perhatian signifikan dalam penyelidikan kanser kerana ia terbukti berkesan sebagai pemeka kemo. Pemeka kemo ialah bahan-bahan yang meningkatkan kesan teraputik ubatan kemoterapi, terutama terhadap sel MDR (multi drug resistant – rintangan terhadap multiubatan). 16.
Kontrapenunjukan (Ketaksesuaian dengan ubat atau herba lain)
Tidak diketahui, tiada yang dilaporkan.
Kesan sampinganTidak diketahui, tiada yang dilaporkan.
Penggunaan yang disyorkan
Minum teh Herba Misai Kucing pada waktu pagi dan selepas makan malam. Anda juga dinasihatkan agar mengamal tabiat meminum air yang secukupnya.
Mesti ditekankan bahawa semua dapatan di atas menunjukkan kesan yang sederhana (dengan dos biasa) berbanding dengan kesan ubatan moden dan tidak boleh dijadikan sebagai rawatan. Walaubagaimanapun, tidak seperti ubatan moden, Misai Kucing tiada kesan sampingan yang diketahui atau yang dilaporkan. Walaupun ekstrak Misai Kucing digunakan dalam ramuan ubatan sesetengah syarikat Eropah, Kuching Herbal Tea hanya dipromosikan sebagai makanan berfungsi. Ia amat disarankan kepada mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit-penyakit yang disebutkan sebelum ini.
Begitulah cara yang mudah, selamat dan natural untuk kesihatan yang unggul. Minum secawan atau dua Kuching Herbal Tea setiap hari. Anda pasti menghargai dan menikmatinya. Walaubagaimanapun, kami ingin menasihatkan anda bahawa bukan semua Teh Misai Kucing yang berada di pasaran adalah sama. Anda akan memahami mengapa, pada halaman berikut.
Rujukan
Perhatian: Nama botani Misai Kucing ialah Orthosiphon Stamineus, Orthosiphon Aristatus dan Orthosiphon Spicatus. Nama lain yang biasa digunakan ialah Kumis Kucing dan Java Tea.
Casadebaig-Lafon J, Jacob M, Cassanas G, Marion C, Puech A. Pharm Acta Helv 1989; 64: 220-224.
Englert J, Harnischfeger G. Planta Med 1992; 58: 237-238.
Beaux D et al. Phytother Res 1998; 12: 498-501.
Schut GA, Zwaving JH. Fitoterapia 1993; 64: 99-102.
Du Dat D et al. J Ethnopharmacol 1992; 36: 225-231.
Nirdnoy M, Muangman V. J Med Assoc Thailand 1991; 74: 319-321.
Matsubara T et al.Biol Pharm Bull 1999; 22: 1083-1088.
Ohashi K et al. Chem Pharm Bull 2000; 48: 433-435.
Mariam A et al. Fitoterapia 1996; 67: 465-468.
Lyckander IM, Malterud KE. Acta Pharm Nord 1992; 4: 159-166.
Lyckander IM, Malterud KE. Prostaglandins Leukot Essent Fatty Acids 1996; 54: 239-246.
Masuda T et al. Tetrahedron 1992; 48: 6787-6792.
Estevez NA. Rev Cuba Farm 1980; 14: 21.
Choi CH, Sun KH, An CS, Yoo JC, Hahm KS, Lee IH, Sohng JK, Kim YC. Biochem Biophys Res Commun. 2002 Jul 26;295(4):832-40.
Yam MF et al Am J Chin Med. 2007;35(1):115-26.




